PTSS :)

Fuhh dah lama gila tak start menulis.
blog pun dah  berhabuk , berkarat , berdaki dah update baru sampai
aku pun tak reti nak edit template dah hahaha.

Aku pun banyak actually cerita nak  kongsi , thought takde pun yang nak baca .
Nak kata aku suka cerita dekat org , certain cerita ja boleh story .
Tak semua orang boleh terima cerita kita , opinion kita , rahsia kita , cara kita .
And suddenly aku rindukan suasana rajin berblogging waktu fom 2 dulu .
Duduk asrama of course susah nak update . Line mcm emmmmmm sangat .
Ni pun baru jejak Langkawi . Aku pun bukan budak yang berusia 15 tahun lagi dah
yang menulis tentang cita cita . Sekarang dah 19 , dah boleh kahwin .
Tapi tulah , tadak orang nak . Hahahaha

Cait merapu Adilah .
Aku taktau nak start dekat mana ,
tempat belajar ka , tempat teriak ka
tempat jatuh hati kah ? Eh eh eh .





Okay then , nilah classmate aku . perempuan memanipulasi lelaki of course .
tempat belajar serta menangis di Ptss , Politeknik Tuanku Syed Sirrajudin , Perlis .
Which mean poli kami sangat besar , tangga sana sini hoii .
mengah hari hari duk naik tangga . But aku bersyukur sangat.
Scenery dekat sini MashaAllah , of course scenery k . Bukan scenery abang2 senior.
Tapi yang tu dikira bonus la jugak hahaha . Sambil melihat pemandangan indah
ada la pemandangan indah yang tengah berjalan juga hahaha . k gatai .
Tapi satu ja nak pesan , jangan mudah jatuh cinta  . Semua students Ptss semua buaya
baik dari lelaki sampai perempuan .

And one more , kau jangan expect sangat la the whole class tu akan jadi macam family ,
adalah tapi just a few class . Kalau macam kelas aku , haremm .
Mulut jantan kalah perempuan pulak ngata . Disinilah kerja group akan diuji
dapat pulak jenis group member mulut puaka then kerja tak jalan .
mohon #silameninggal dekat dia . Aku memang tak larat duk makan hati dah .
But chills , lumrah kehidupan dik . Kalau kau kaki mengampu kaki mengedik then
kau akan terselamatlah dari mulut mulut puaka. Aku pulak jenis , anti sosial ,
cakap dekat depan orang ramai pun gugup lupa habis . Memang tak ahh .
And one more , lelaki tersangat lah memilih rupa fizikal dekat sini . Siot ahh .
Kau tak segak , jangan mmpi nak cakap ngan orang hensem .

First aku jejak sini , memang aku naif gila laa .
aku tak sangka yang perempuan pun ada boyfriend ikut negeri .
dekat alor setar ada , perlis ada , melaka ada .
Fuhh berpeluh aku dengar , aku pun tak pernah ada boyfriend ,
but diorg at least sorang ada 2-3 spare part . Tambah sekarangkan zaman wicet .
People nearby ditangan broh . While aku masih lagi dengan whatapps saja tanpa wicet .
Benda laghaa lebih baik jangan duk main sangat .
Politeknik ni agak islamik sikit la , perempuan wajib pakai tudung
Jeans are not allowed , ketat2 pun . tapi banyak je orang pakai ketat .
Then akan ada malam yang disusun tiap blok untuk turun ke masjid
untuk solat maghrib berjemaah , tazkirah dan solat isyak . Yang ni mau tak mau
memang orang akan pi juga sebab pelajar akan diberi sticker untuk menduduki
asrama pada sem hadapan. Cara ni jelah nak apply asrama . Effort mau ada .
Kalau dak , kau pakai duk rumah sewa jelah sem depan , bajet macam orang kaya lah .

Anyways , aku sayang ja PTSS ni . Completed buat aku , tempat belajar mana
yang takda cabaran right ?  :)
































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Happy 20th

nak menulis balik